Sep 17, 2010

Sungai Nil.

Terlalu banyak gangguan emosi yang aku terima kebelakangan ini menyebabkan aku bebal untuk berfikir secara waras.

Maaf. Laku aku mendahului akal bila hati diasak dengan hebat.

Aku tidak sebaik yang kau agungkan. Aku tak sesempurna yang kau inginkan. Aku tak seindah yang kau khabarkan.

Kalau aku punya kuasa, aku tidak mahu untuk merasa. Apa itu bahagia ciptaan manusia.

Kita, pendosa. Kita, pelupa. Mungkin juga aku saja.

Berkali-kali aku mencuba. Mungkin sudah sampai masa. Untuk lepaskan segala. Bertahan itu menyakitkan. Mengharap apa yang samar, lebih lagi.

Aku mahu hilang. Supaya kita boleh ke depan. Dan senyum bila menoleh ke belakang.

Hingga suatu masa yang belum tentu bila. Jumpa kamu di sana. Kalau aku masih ada.

Cuti.

Kira aku
Bahagia kamu
Tanpa aku
Jika benar itu
Aku pergi dulu.

Selamat bergembira.

Sep 11, 2010

Noktah.

Realistik itu perlu
Kerana esok belum tentu ada aku
Dalam hati kamu.

Sep 10, 2010

Someone better find a cure for laziness, A.S.A.P.

I need to be more opaque. Transparency makes me look weak.

Or stupid.

I'm not easy, man.

=)

Honestly, I do hope I can celebrate the Eid away from home, at least once. Just want to feel the differences.

So, now I know what they are.

I don't feel sad at all. Maybe just a little homesick because I hate exams. Duh. Who doesn't?

No ketupat, no rendang, no biskut raya, no duit raya, no pelita, no bunga api. So what? I just miss kissing Abah's and Ma's hands in the morning and visiting Tokki's grave after Subuh.

No need to grief when we are supposed to be happy, right?

Tonight I'm gonna be away from books for a while.  Give me some space to breathe, can you? Tomorrow, back to struggling to read with sleepy eyes.

By the way, my baju raya is ready. How cool is that? My first handmade baju raya ever. Not so nice but still wearable.

So, to whoever reading this, enjoy your holiday with anyone beside you. Cause maybe next year you might celebrate with someone else.

Sep 9, 2010

Reflection.

Stuck on the same slide since the last two hours. No mood, meh.

No mood for anything. Neither exam nor raya. I just want to lay down on bed and stare at the ceiling while listening to Blue.

World seems so hectic with wars and poverty and natural disasters and social problems and whatsoever. And here I am, doing nothing. Not even studying.

Cet.

What in the world, along this twenty years and eight months of living, have I done to be proud of?

Nothing. What a shame.

Does my existence make even a slight change to the world?

Am wondering.

Sep 8, 2010

I'm not a sweetie, mind you.

Mahu jadi manis macam gula, 
tapi hidup terlalu banyak perisa.

Comel.

Hari ini jadi emo sekejap. Mungkin terlebih emo kot. 

Demi Allah, aku sakit hati gila dengan pakcik auto penipu cakap berbelit masa balik dari kolej tadi. Tak pernah aku sakit hati macam ni sepanjang 2 tahun tinggal kat sini.

Mula-mula cakap Rs40, aku demand mintak Rs30. Dah dapat tu, dia berhenti tengah jalan sebab tengok ada seorang budak perempuan bertudung. Dia suruh naik sekali. Fine. Tak kisah.

Sampai kat depan CS, aku bagi Rs100 sebab tak ada duit kecil. Sumpah aku tak ada. Kalau ada dah lama aku bagi, dan tak adalah aku kena tipu hidup-hidup.

Dia pulangkan Rs40, sahaja. Aku pun nak marahlah. Cakap Rs30, apasal Rs60 pulak? Kepala otak tempurung kelapa hang kira tambang ikut bilangan penumpang. Dah memang dasar penipu, tak kiralah tinggi mana pun suara aku marahkan dia, tetap buat muka tempe. 

Aku ugut kalau tak nak bagi baki yang lebih, aku tak nak keluar dari auto tu. Dia matikan enjin, pergi berkumpul dengan geng-geng penipu dia kat depan tu. Aku yang tengah sakit hati malas nak menunggu sebab teringatkan esok ada exam Patho.

Sebelum masuk CS nak beli barang, aku sempat sepak auto tu. Tapi, apakan daya tak terbalik. Kalau terbalik lagi bermakna. Sempat jugak aku kerling orang-orang sekeliling yang pandang aku semacam.

Apa? Ingat aku perempuan yang punya muka macam lembut ni tambah pulak pakai baju kurung, aku ni lemah ke? Jangan pandang rendah pada aku, ok.

Nasib baik cepat reda. Kalau tak, mesti sepanjang hari aku bad mood.

Maaflah ye, marah-marah bulan puasa ni. Kalau tak nak kena marah, jangan tipu orang lain persis orang yang tak bertamadun.

Haih.

Sep 5, 2010

Hello, Batwoman!

Aku sudah menjadi kelawar. Untuk beberapa hari ini.

Berjaga malam dan tidur sampai matahari tegak. Bukan contoh anak dara sejati.

Kalau di rumah, ada saja yang mahu ketuk pintu bilik aku sampai nak roboh. Tapi, kat sini tak ada. Sebab mereka ke kelas, dan aku ponteng.

Aku jadi fobia mahu masuk tidur awal. Kalau bersedia untuk tidur pukul 11 malam dan kunci jam loceng telefon bimbit pukul 4 pagi, pukul 12 malam atau 1 pagi aku masih terkebil-kebil atas tilam. Mencuba untuk tidur. Badan penat tapi tak mengantuk.

Terus ranap harapan mahu bangun awal. Terasa membazir masa. Aku bangun dan buka buku.

Jadi, penyelesaiannya aku tidur lambat. Lambat di sini maksudnya adalah tidur selepas Subuh. Fahamlah kamu kenapa aku bangun di pertengahan hari, kan?

Cukup masa tidur aku.

Tapi masalahnya, Isnin ini exam aku pukul 10 pagi. Kalau berterusan kitaran tidur yang tak senonoh ini, alamatnya lingkuplah kertas jawapan aku.

Sigh.

Aku perlukan pil tidur.

Sep 4, 2010

Sila study.

Tutup laptop. Cabut wayar. Masuk dalam beg. Tutup zip. Letak dalam almari.

....

2 jam kemudian,

Berjalan di blog orang.


Kira ok lagi la tu. Tahun lepas siap simpan laptop dalam luggage letak atas almari. Konon tak nak bukak sampai habis exam.

Kononnya.

Someone's watching over me.

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong 
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
Someone's watching over me.


Baru nak rasa cuak. Lagi dua hari.

Bertuah betul.

Sep 3, 2010

Hari yang sangat tidak produktif.

Baru lepas call rumah.

Semua orang balik. Kecuali aku. Sungguh tidak aci.

Nak makan cendol. Nekbak. Cincau. Murtabak. Ikan panggang Abah dengan tumis belacan Ma. Pari bakar cicah air asam. Agar-agar santan. Puding buih. Ondeh-ondeh. Sekaya.

Cet.

Nak balik.

Nak balik.

Nak balik.

Nak balik.

Nak balik.

Nak balik.

Nak balik.

Nak balik!

In your dreams, baby. In your dreams.

6 jam.

Aku kepingin mahu naik bas ekspres dari Shah Alam ke Dungun, dua hala. Dah lama, 3 tahun mungkin?

Biasanya aku naik seorang. Beli tiket single seat sebab nak elak duduk sebelah lelaki yang tak dikenali. Seram, tau tak? Dan, semestinya tempat tu sebelah tingkap. Selalunya bertolak malam.

Tak tidur pun sepanjang perjalanan. Dengar mp3 sambil pandang ke luar tingkap dan mengelamun sendirian. Lagi best bila dengar lagu jiwang. Haha. Nostalgia zaman remaja dulu. Enam jam yang sangat dirindui.

Sampai nak dekat Subuh. Perhentian terakhir bas sebenarnya kat Kuala Terengganu. Jadi, kena sentiasa berjaga supaya bila dah sampai kat Dungun boleh suruh pakcik tu berhenti.

Along pernah terlajak ke KT. Pakcik tu memang tidur mati. Tak pasal-pasal kena beli tiket ke Dungun dari sana. Jangan harap Abah nak pergi ambil. Dua jam kot.

Turun dari bas. Jalan kaki sampai rumah. Sebab highway tu kat depan taman perumahan aku je. Seram jugak jalan seorang diri pagi-pagi buta. Tapi lagi tak sanggup nak kejutkan Abah semata-mata nak ambil aku.

Tiba-tiba terasa nak balik. Haih.

Dulu hanya perlukan RM30+ untuk merasa sayur nangka masak lemak kuning dan sambal tumis belacan yang Ma masak. Sekarang, RM1000+.

Mahal sungguh harga untuk menghirup udara tanah air tercinta.

Sep 2, 2010

Wake me up when September ends.

I think I need to grow up.

Mentally. Emotionally. Maybe physically also. Ehem. I think that's impossible.

How come we have to have a prescription for sleeping pills? I just thought of buying a bunch of it.

Guess that have to wait cause I don't think I'll go to hospital anytime sooner.

Sep 1, 2010

Sleep-y.

"Selfishness is just a method of survival. We live in a world where that matters."


Mahu bakar minyak di tengah malam.

Esok mungkin jadi zombi dengan mata panda.

And, welcome September.

To whom it may concern,



Selamat mengundi.

Blog Archive