Oct 22, 2010

This can be messy.

I know my limit. I'm on the edge, don't push me. Or I'll fall and take you down with me. Samjee??


God, I hate India.

Oct 21, 2010

Big fake smile.

Aaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

Lega.

Ok, tipu.





Rasa mahu lari jauh-jauh dan menangis puas-puas sampai mata bengkak. Dan kemudian kembali kepada hidup.

I don't know why every time I'm in trouble, I hope you're the one beside me to help. I don't know why every time I need someone to talk to, you're the one I hope that are listening. I don't know why every time I feel that life is so complicated, I hope you're the one whom I turn to for strength.

I just know that I don't have you.

Oct 19, 2010

Bila aku marah yang teramat sangat, mata aku akan berair. Tak! Bukan menangis, cuma berair.

Sudah tujuh kali berulang-alik ke pejabat Pesuruhjaya Polis Bangalore. Masih belum siap-siap lagi urusan aku kat sana. Haih.

Bakal ke sana buat kali kelapan. Dan mungkin aku akan berterusan menghitung. Duit dah habis beribu untuk tambang auto.

Bukan sudah aku katakan, berurusan dengan penduduk asal negara ini memualkan. Dan sekarang buat aku rasa mahu mencarut puas-puas kat dalam hati.

Banyak betul dosa kau, kan?

Sabar. Tengah sabar, lah ni.

Tapi serius aku rasa nak bakar bangunan yang berkenaan.

Oct 17, 2010

Self pact.

It's time for you to have a stand. The one that you will stick with no matter what happens, even if it takes one litre of tears to make everything right.

You go, girl!

Oct 16, 2010

Harta karun.

I have great friends. Indeed.

Yang sabar dengan muka masam aku bila emosi tunggang-langgang. Yang mesej aku tanya dah ok ke belum. Yang ajak aku keluar makan untuk hiburkan hati. Yang selalu tanya apa masalah aku walaupun jawapan yang selalu aku bagi kurang jujur. Yang tepuk-tepuk bahu aku bila mata macam dah berair. Yang kung kang kung kang masak kat dapur bila aku tidur kepenatan.

Maaf sebab aku bukan kawan yang baik. Aku sayang kalian, cuma penzahirannya kurang.

Mereka sangat comel ;)


Aku perlu kurang buka blog. Tolong menyemakkan hari anda dengan membaca Pathology. Sekian.

Oct 15, 2010

Karma.

Banyak sangat dosa kau dalam buku si penjaga belah kiri. Patutlah Allah bagi kau lepas satu, satu masalah.

Bakal pergi untuk kali keenam.

Sadis.

Alone.

Malam ini sejuk. Aku keluar ke balkoni yang menghadap satu pohon besar. Sejuknya berganda, seperti di Genting Highland. Aku menyandarkan siku di pagar besi bercat putih. Dinginnya sampai ke tulang.

Aku pandang pohon besar itu. Kelihatan ia sunyi, jauh sekali menakutkan. Daunnya masih hijau pekat, tak seperti pokok lain yang berbunga merah, atau kehilangan daun-daun yang mula kekuningan. Tetap gah di situ.

Bau tanah selepas hujan. Nostalgia. Mengingatkan aku pada musim tengkujuh di kampung. Masih ada lopak-lopak air di atas jalan tar. Esok pagi mungkin sudah tiada.

Aku berkalih pada jalan raya di sebelah kanan. Ada tiga atau empat buah kereta melintas pagi-pagi buta ini. Terfikir, ke mana mereka mahu pergi pada waktu ini. Dan, masih ada bunyi hon kedengaran dari kejauhan. Tipikal. Mana mungkin tabiat dihapuskan.

Terdengar anjing-anjing menyalak. Kesejukan mungkin. Kasihan. Mahu saja aku kutip dan selimutkan dengan tuala, kalau kamu bukan najis. Maaf.

Aku mahu waktu ini statik. Sedikit pun tidak berubah.

Esok tidak ke kelas. Ada urusan negara perlu diselesaikan. Bakal ke pejabat pesuruhjaya polis untuk kali kelima demi sekeping kertas yang melayakkan aku untuk tidak dipanggil pendatang tanpa izin.

Haih. Berurusan dengan penduduk asal negara ini memualkan aku. Penat, tahu tak?

Buat spoil mood je.

Oct 14, 2010

If you can't accept me at my worst, you don't deserve me at my best.

Everything-Alanis Morissette

I can be an asshole of the grandest kind
I can withhold like it's going out of style
I can be the moodiest baby
And you've never met anyone
As negative as I am sometimes

I am the wisest woman you've ever met
I am the kindest soul with whom you've connected
I have the bravest heart that you've ever seen
And you've never met anyone
As positive as I am sometimes

You see everything, you see every part
You see all my light and you love my dark
You dig everything of which I'm ashamed
There's not anything to you which you can't believe
And you're still here

I blame everyone else, not my own partaking
My passive aggressiveness can be devastating
I'm the most gorgeous woman that you've ever known
And you've never met anyone
As everything as I am sometimes

You see everything, you see every part
You see all my light and you love my dark
You dig everything of which I'm ashamed
There's not anything to you which you can't believe
And you're still here

What I resist, persists, and speaks louder than I know
What I resist you love no matter how low or high I go

You see everything, you see every part
You see all my light and you love my dark
You dig everything of which I'm ashamed
There's not anything to you which you can't believe
And you're still here

And you're still here
And you're still here..


Maybe I'll dedicate this song to someone. Someday.

Sebelum aku mati, akan ada yang tahu segala rahsia yang aku sembunyi daripada dunia. InsyaAllah.

Oct 13, 2010

Mari, kita senyum!

Aku memang bukan pakar dalam memilih layout blog. Hmmph.

Aku suka menulis. Tapi bila aku baca balik apa yang ditulis, aku rasa menyampah. Terlalu emosional? Paranoid? Pesimis? Entah.

Dah dua tahun ada blog. Dan dah lebih dua kali delete blog. Duh. Tiada kerja lainkah kamu? Mungkin ini jiwa remaja yang  bercelaru. Betul. Aku punya hati yang tidak pernah tetap.

Kalau-kalau kamu yang membaca terasa benci dengan tulisan aku, maaf. Jangan menghukum aku dengan apa yang ada di sini. Di luar sana, di kehidupan yang nyata, aku seratus peratus berbeza. Mungkin sembilan puluh lima peratus.

Ini hanya cebisan-cebisan diri yang tak mampu untuk aku pamerkan pada manusia sekeliling. Aku ada banyak hati mahu dijaga. Aku ada malu yang mahu dipelihara.

Ini, hidup di sini. Tiada tempat untuknya di luar sana.

Oct 10, 2010

Of vinegar and sugar.

Aku dulunya ada banyak perancangan. Juga penuh dengan angan-angan. Mahu buat itu dan ini. Tapi akhirnya memilih jalan yang tidak pernah ada dalam senarai.

Hidup, penuh dengan pilihan. Ada antaranya yang aku mahu ulang.

Aku pernah baca. Beza angan-angan dan cita-cita itu, adalah kebarangkaliannya untuk terjadi.

Angan-angan hanyalah imaginasi yang kita harap berlaku suatu hari nanti, yakni ia selalunya mustahil. Cita-cita pula sesuatu yang mampu kita gapai dalam situasi terkini.

Dan seperti yang aku kata, aku penuh dengan angan-angan.

Aku tiada cita-cita.

Saat ini, aku mahu hidup berlalu tanpa ada apa-apa harapan. Sebab bila aku mimpikan untuk bermain di atas awan, aku takut realiti membawa aku karam di tengah lautan.

Bagi aku, itu kejam.

October the 10th.

Dua tahun sudah. Dari Malaysia ke India. Daripada belasan ke puluhan tahun. Daripada remaja kepada belia.

Rasa macam baru semalam. Kali pertama naik kapal terbang. Terkial-kial nak pakai tali pinggang keselamatan. Sekarang sudah berbelas-belas cop imigresen kat dalam pasport.

Satu saja soalan masih terbuku kat dalam hati. Bila kau nak dapat distinction?

Dalam mimpi.

Oct 9, 2010

Visi yang penuh isi.

Mahu menjadi seperti pucuk anak benih yang baru bercambah. Walau lembut tetap kuat membelah tanah yang keras. Dan keluar menjadi pohon yang berjasa.

Serabutlah warna merah jambu yang terang. Kembali kepada hitam dan putih, mungkin?

Ya, otak aku memang berbelit.

Oct 8, 2010

Half past twelve.

I love my blog's header. Tiba-tiba.

These past few days are awfully boring. My housemates are busy with the new juniors. Left me alone up until midnight. Classes are not welcomed yet. Less than 30 percent of students. What do you expect? And also Medicine posting, the one I dislike the most. Plus, the bad news coming from the admin. Duh.

Couldn't this first week of new semester be any more anticipating? Thank God tomorrow is the last day.

I miss Egypt.

Oct 5, 2010

Seasons.

There's always a part of ourselves that we hate. That we try to hide. That we are ashamed of. The part that will never disappear. Because we are made of it.

My part, is this. What you read. What I write.

I'm not much of a talker. I prefer to write. When I write, I can say it all. But when I speak, you have to dig a lot more.



Bangalore mula dilitupi awan kumulonimbus. Aku suka.

Oct 1, 2010

Emancipation.

Finally, I've found myself.

Persis tahanan yang dibebaskan dari balik palang besi.

Maaf untuk jiwa-jiwa yang terluka.

Sepertinya tidak mahu balik ke Bangalore. Mesir punya banyak benda yang aku damba.

Kecuali cuacanya.

Blog Archive