Nov 29, 2010

One more time, one more chance.


Bagusnya kalau dapat mula kembali hidup, dan menjadi seseorang yang lebih baik. Dengan hidup yang lebih baik juga. Manusia memang suka tengok pada manusia lain, dan iri hati dengan apa yang manusia lain punya.

Aku tak terkecuali. Tipikal.

Ada bunyi bunga api kedengaran. Ok, tiba-tiba ada orang main gendang. Esok cuti ke?


Minggu ini sibuk. Test Pathology. End posting exam OBG. Seminar Pharmacology. Semuanya dalam hari yang sama. Pakej yang lengkap. Great!

Aku ingat mahu ponteng seminar, tapi bimbangkan attendance takut tak cukup. Dah tiga kali tak pergi. Ingat, kau ada masa depan yang perlu dijaga.

Oh, lambatnya Mac mahu tiba. Aku teringin makan sate.

Nov 27, 2010

The best part of Obstetric & Gynaecology posting,



is this little creature.

We got her today. So far, I've watched about 5 or 6 deliveries. Sakit siot. Yang tengok pun seriau.


Moral of the story, hargai ibu anda.

Nov 26, 2010

Till then.

Mungkin sudah tiba masa untuk dewasa.


Dan lebih bertanggungjawab terhadap kata.

Nov 23, 2010

Lost.

Hati aku masih hilang. Haih.


Semua benda terbungkang tanpa perancangan. Kau nak fail ke semester ni?

Nov 22, 2010

Perkara-perkara yang buat aku bahagia 2.

Bilik aku ada sebuah tingkap, yang ada satu daun. Aku anggap itu tingkap ajaib. Bukan magis, cumanya tingkap itu sangat istimewa bagi aku.

Bila aku tolak daunnya, aku boleh nampak sebahagian dunia yang berlokasi di Bangalore. Ada matahari yang naik dan jatuh di balik awan, ada angin yang tiup-tiup lembut pipi aku, ada burung yang berkejar-kejaran di udara, ada tempias hujan yang turun di petang hari, ada kelompok-kelompok bangunan rapat yang merimaskan, ada asap hitam kereta api yang mencemarkan, ada manusia yang lalu-lalang tanpa sedar diri mereka diperhatikan, dan yang lebih menyeronokkan akan kelihatan bunga-bunga yang dicorakkan di atas langit malam kala tiba musim perayaan. Cantik, semuanya cantik.

Aku ada masa lagi tiga tahun bersama tingkap ini. Mungkin lebih singkat daripada itu.

Nov 20, 2010

I want to write a story, of a young girl with a free heart and her worn out sneakers.

Aku pernah terfikir untuk sumbatkan beberapa helai baju dan jeans ke dalam satu beg galas dan menuju ke stesen LRT tanpa apa-apa perancangan. Berbekalkan wang yang berbaki dalam dompet, aku turun di stesen terakhir dan bermula dari situ, aku mahu mula hidup. Pergi ke mana kaki aku bawa, tuju ke mana hati aku hala.

Ah, bunyinya sungguh indah.

Kalaulah aku punya peluang macam itu.

Lagu untuk malam ini.

I'm not afraid of anything
I just need to know that I can breathe
I don't need much of anything
But suddenly, suddenly


I am small and the world is big
All around me is fast moving
Surrounded by so many things
But suddenly, suddenly


How does it feel to be, different from me?
Are we the same?


I am young and I am free
But I get tired and I get weak
I get lost and I can't sleep
But suddenly, suddenly


How does it feel to be, different from me?
Are we the same?

Avril  Lavigne

Nov 18, 2010

The meetings.









Aku belum pulih, sebenarnya.

Luka tidak akan pernah sembuh. Jika parutnya dikikis tiap-tiap hari.

Terlalu banyak serpihan-serpihan kenangan yang diulang-ulang dalam kotak fikiran. 

Aku mahu buang, tapi mereka tidak mahu hilang.

Nov 16, 2010

Smile, it shines.

Dalam satu bulan, akan ada beberapa hari yang buat aku jadi macam orang yang tak cukup kasih sayang. Semacam sudah jadi satu rutin bulanan. Merapu meraban sorang-sorang macam nenek kebayan jual kemenyan. Ok, dah. Aku dah mula meroyan.

Kesimpulannya, post di bawah adalah disebabkan kemerengan aku untuk beberapa ketika. Life's good, lah. Isn't it?

If my smile can make you smile, I've got nothing to lose, right?

So, keep smiling! =)

Nov 11, 2010

Karnival Sukan 2010.

Aku masuk tarik tali. Wow!

Segagah manakah anda untuk mengatasi kekuatan Mighty Apes?

It's okay, it's alright.
Come on Mighty Apes. Fight, fight, fight!

Nov 9, 2010

Permintaan hati.

Hari ini aku rasa sangat berdosa. Juga dihantui dosa-dosa kelmarin yang masih aku buat. Aku patut buat apa yang aku patut buat. Bukan main pandai cakap saja, kemudian berpaling ke arah yang lain.

Seolahnya ada dua orang dalam diri aku. Macam Dr. Jekyll dan Encik Hyde. Kadang aku mahu turutkan kehendak si putih, kadang aku mahu penuhkan keinginan si hitam.

Aku mudah hanyut. Maaf kalau aku bawa kamu hanyut bersama. Aku takut kita karam sebelum sampai ke pengkalan. Laut kehidupan sangat kejam. Destinasi kita masih jauh dari pandangan.

Demi kata-kata yang tidak sepatutnya aku ucapkan, maaf. Demi senyuman yang tidak sepatutnya aku lontarkan, maaf. Demi rasa yang tidak sepatutnya aku zahirkan, maaf.

Aku hanya hamba yang sering lupa. Pada tuannya.

If I choose to dream, will I ever wake up?

Kadang-kadang, ada masa aku mahu pecahkan dada dan biarkan isi-isi hati berterabur keluar ditatap oleh semua yang memandang. Tapi, rasanya kemudian aku akan merintih meminta mati atau melarikan muka sejauh lapisan langit teratas akibat malu yang bertumpah-tumpah.

Living in denial is so tiring. A lot. I wonder if it's worth it.

Nov 7, 2010

Curiousity doesn't kill anyone, it's just intimidating.

Have you ever been at a crossroads where you're stuck in the middle of it? You want to turn right but ending up going straight. And you think so much about it, about what things would be like if you made a different choice. I know it would be different for me, even though it is the same for them. I really want to see that one figure, but I turned away.

I meant this post literally.

Well done, Mighty Apes!

Nov 5, 2010

Fighter.

Bukan senang mahu bangun daripada satu kejatuhan. Lebih-lebih lagi kejatuhan emosi. Kerana ianya berlaku di dalam diri. Aku bertarung dengan diri sendiri. Segala kudrat aku kerah untuk kembali ke atas. Usah dihitung berapa titis air mata aku yang tumpah. Mungkin boleh dipenuhkan dua botol air mineral.

Lepas jatuh berkali-kali, aku rasa aku sudah lali. Tak semua yang aku mahu akan aku dapat. Dan tak semua yang aku dapat, akan kekal dalam tangan. Itu semua hanya pinjaman. Keseronokan itu juga hanya sementara.

Sekarang, biar semua benda kembali ke tempat asal. Jangan usik. Jangan asyik. Aku di sini, hanya untuk beberapa ketika. Begitu juga kamu, dia dan mereka. Kita semua punya destinasi yang sama. Hanya tinggal untuk pilih jalan yang mana. Terserah.

Aku rasa aku makin matang. Ngeh.

I've become a new person. Or better yet, maybe I have found a hidden quality in myself. Whatever it is, what matters most is that, I've changed.

It doesn't fade away. Maybe not yet, or maybe it won't at all. But now, I want to live my life the way it should be. After all of these torments, I am proud to say that I have become stronger.

Well done.

Nov 4, 2010

I love her, still do.

And if my life is for rent
And I don't learn to buy
Well I deserve nothing more than I get
Cause nothing I have is truly mine

Life For Rent
Dido

Bookworm.

Aku minat membaca sebenarnya. Ayat poyo tapi betul.

Dulu masa sekolah rendah, aku selalu pinjam buku cerita kat perpustakaan. Kisah 5 Sekawan, Hardy Boys, apa-apa lagilah yang berkaitan penyiasatan. Aku ingat lagi penulis favourite aku masa tu. Nama dia Enid Blyton.

Masuk sekolah menengah, aku tukar genre. Selalu baca komik dan majalah komik. Conan, X-Men, Doraemon, Gempak, Utopia, Kreko dan banyak lagi sebenarnya tapi tak ingat sangat. Along bagi pengaruh yang kuat pada aku, juga penyumbang yang berjasa dalam menambah koleksi komik. Tapi kebanyakan simpanan kami hilang entah ke mana. Aku syak Ma bakar sebahagiannya sebab adik-adik aku asyik sangat baca komik sampai malas nak belajar.

Bila dah besar sikit, masuk asrama aku terdedah dengan novel-novel cinta. Auw. Novel pertama yang aku baca dan yang aku beli judul dia Kau Yang Satu. Minat yang ini aku kongsi dengan adik aku. Bulan ini aku beli satu, bulan depan giliran dia pulak beli. Kat rumah bersepah-sepah novel sampai Ma membebel. Heh. Tapi itu dulu, sekarang bila baca novel-novel macam ni aku menyampah. Tak realistik langsung.

Sekarang pulak dah upgrade baca novel bahasa penjajah. Masa foundation, aku suka pinjam kat perpustakaan buku-buku tulisan Sidney Sheldon. Satu buku yang tebal dengan ayat yang komples tu aku boleh habiskan dalam masa satu minggu. Tak mainlah lompat-lompat muka surat. Hebat tak? Bila dah datang India, tukar genre kepada buku-buku macam The Kite Runner, A Thousand Splendid Suns, Will You Be There?, Does My Head Look Big In This? dan banyak lagi. Sebenarnya, tiga buku yang pertama masih berada dalam senarai menunggu sebab buku-buku seperti Pathology, Microbiology, Pharmacalogy dan Forensic Medicine & Toxicology berebut nak masuk line.

Hah, ini tengah baca Microb lah ni tak habis-habis. Macam mana nak khatam kalau 10 minit membaca dah menguap dan mengalihkan pandangan pada laptop?

Duh.

Nov 3, 2010

Hai!

Keluar dari kepompong. Bersembunyi hanya bagi budak pengecut. Selamat menemui aku.

Can you see me now?

Sunrays.

Aku suka berjalan di bawah pokok sambil pandang langit. Macam satu lukisan yang sempurna. Cahaya matahari kadang silau kadang sembunyi. Jarak antara satu daun dengan yang satu lagi lebih kurang sama. Kolaj yang amat cantik.

Belakang aku sakit. Gila punya sakit sampai tak boleh nak berdiri lurus. Masa nak rukuk memang azab. Nak kata osteoporosis, aku baru 21. Susu pun selalu aku minum. Ianya bermula pagi tadi. Aku bersin, kuatlah jugak. Lepas tu terus belakang aku sakit. Pergi kelas macam biasa. Balik rumah petang tadi makin teruk.

Ada kemungkinan berkaitan tulang belakang aku tak? Hantar soalan kat yahooanswer tadi. Gila bijak. Ada yang cakap tulang belakang aku mungkin dislocate. Kemungkinan kena pakai brace atau chiropractor. Ngeri.

Ok, esok jumpa doktor yang bertauliah.

Terpaksa ponteng exam posting. Macam mana nak ambik history pesakit kalau berjalan pun macam nenek tua bongkok tiga?

Blog Archive