Dec 31, 2010

Selamat tinggal, 2010.

Tahun ini, adalah tahun emosi.

Tahun paling banyak aku menangis. Tahun paling banyak aku serlahkan kebodohan. Tahun paling banyak aku merungut. Tahun aku jatuh berkali-kali. Tahun aku tidak pernah belajar daripada kesilapan. Tahun paling banyak aku jatuh sakit. Tahun paling banyak aku jilat ludah sendiri.

Tahun hadapan, aku belum pasti.

Yang mesti, aku harus senyum untuk setiap duri yang bakal dipijak di sepanjang jalan. Hidup tidak mudah. Habis tu, kau ingat mati senanglah?

Kita tak punya pilihan, melainkan untuk bernafas di dalam jasad yang sudah ditetapkan. Oksigen itu sendiri sudah satu nikmat, kau mahu minta apa lagi?

Sila berbahagia dengan apa yang kau ada. Bukannya membuang masa berharap untuk benda yang Tuhan bukan ciptakan untuk kau rasa.

Aku sayang kau. Cukup.

Dec 28, 2010

Incomplete.



Pernah tak rasa gembira, dan dalam masa yang sama rasa sedih, dengan hanya memandang seseorang?

...

Dec 26, 2010

The evanescences.

Too much have been said. Too much have been done. Too little that we could keep. We're damaged.

Can we fix this?

I don't know.

...

Fever on my birthday. Great. Spent most of the time on bed.

Kifarah dosa-dosa lampau.

Dec 25, 2010

21.

If I could change I would take back the pain I would
Retrace every wrong move that I made I would
If I could stand up and take the blame I would
If I could take all the shame to the grave I would

Easier To Run
Linkin Park


Happy birthday to you.

Be wise and nice.

;)))

Dec 22, 2010

Perkara-perkara yang buat aku bahagia 4.

"It's said that after a person is born, they will meet approximately 30, 000 people before they die. Of those, the number of people you'll meet and work with at school is 3,000. And of those, you'll intimately know 300."

Takemiya Mei
Akai Ito

Isn't it great that you are among those people?


































Dengan adanya manusia-manusia ini di sini, Bangalore menjadi lebih indah untuk didiami.

Dec 21, 2010

Save me.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hilang.

Dec 14, 2010

Aku mahu pelangi.

Kita macam kanvas putih. Sejak lahir, ada banyak warna dan corak dipalit untuk dijadikan sebuah lukisan yang indah dan berharga. Supaya orang yang pandang, tak akan mahu lepaskan tangan.

Lukisan aku hodoh. Ada banyak contengan hitam yang menjijikkan. Lakaran tanpa nilai yang aku cuba padam dan hilangkan dari pandangan. Aku cuba lukis sesuatu yang baru. Sesuatu yang berbaloi untuk ditoleh walau sekilas.

Tanpa aku sedar, warna hitam itu tidak pernah hilang. Ada di situ. Masih. Kekal. Pudar, tapi masih jelas di mata. Secantik mana pun lukisan yang aku mahu lakar pada kanvas putih tadi, ia tetap menjadi buruk dengan adanya tompok-tompok hitam itu.

Aku, tidak indah.

Dan, aku rasa kebelakangan ini contengan hitam tadi semakin timbul dan jelas. Semakin.

Kita tidak pernah hilang daripada cengkaman masa lampau. Dosa yang dulu tetap ada, masih hidup dalam diri.

Sekurangnya, bagi aku.

Dec 13, 2010

Empty.

Hidup makin tak ada makna.
Aku tak tahu kenapa.


Berbaloi tak tuang kelas untuk 2 minggu demi menghadap muka-muka yang aku kenal sejak dalam perut? Yes, it does.

Tapi aku akan pulang ke sini dengan perasaan bersalah dan rasa makin bodoh.


I think I'm losing it.

Dec 9, 2010

What are we if not slaves to this torment?

I know some of my actions did hurt everyone around me. The short-minded version of me is so annoying. Do something without further consideration of what they would think, or what the consequences are. Little did I know, I regretted most of what I did back then.

I have so much to say but I know my limit. Even though I've crossed it countless of time.

What's done is done. No turning back and things won't be the same as what I wished for. My words are hurting. My verbs are torturing. My thoughts keep on lingering on the same topic. What if we do better than that, if we have one more chance?

Yeah, I know. Chance is like wishing for a handful of snow in the city of Bangalore. Ok, a ridiculous analogy.

For what I did, sorry. For what I said, sorry. I'm not proud of what I am, but I don't know what else to be other than becoming myself.



Let's live.

Dec 5, 2010

Perkara-perkara yang buat aku bahagia 3.



Did you see the sunset, my dear?
Or have you gone away?


p/s: lawa jugak gambar kamera aku, walaupun cikai je.

Kadang-kadang aku harap kita boleh bertukar jasad, dan hidup sebagai manusia lain walaupun untuk satu hari.

Rumah aku dihuni tiga orang. Dua orang kawan aku ni kiranya boleh aku katakan orang penting dalam komuniti pelajar Malaysia kolej aku. So, mereka memang rapatlah dengan junior dan senior. Aku, terkecuali.

Adik-adik junior selalu datang ke sini. Saja-saja berjalan, nak tengok rumah, nak ziarah. Kadang-kadang bawa makanan. Setiap kali mereka datang, aku akan tunjuk muka dan bersalam, berbual dua tiga patah, lepas tu masuk dalam bilik, bersembunyi.

Oh, ini perkara yang sama aku buat kalau kat rumah di Malaysia pun. Ma selalu membebel anak dara dia yang satu ini sungguh kurang sopan terhadap tetamu. Ngeh.

Tadi, masa tengah tunggu untuk mengundi calon badan pelajar, aku ternampak seorang junior datang dekat dengan salah satu daripada kawan aku yang disebutkan di atas, lalu memeluknya dengan mesra sekali. Dia pun membalas pelukan itu dengan begitu mesra sekali juga.

Aku terfikir. Aku ini kurang body contact dengan manusia, selain bersalam. The truth is, aku jarang dipeluk. Seingat aku, Ma hanya peluk aku ketika di airport, waktu mahu berlepas. Dan aku hanya berdiri tegak macam batang kayu tanpa balasan. Abah tak pernah, adik beradik aku pun tak. Aku jarang menerima kasih sayang dalam bentuk fizikal. Mungkin sebab itu aku jadi seorang yang kurang memberi kasih sayang.

Haha! Tetiba jadi serius apa kejadah kan?


Sejuknya Bangalore! Buat aku rasa mahu tidur dan makan je sepanjang hari. Minggu depan tengok wayang. Yosh!

Dec 4, 2010

So long.

Semua benda yang aku sayang sangat-sangat, semuanya hilang. Semua yang aku pastikan elok terjaga dalam tangan, semuanya hancur.


Note to self,

Don't love too much. You'll be hurt as twice.

Blog Archive