Jun 19, 2011

Yang pertama.

Kadang-kadang aku bercakap pada angin malam, pada kipas di siling konkrit, pada pokok besar di hadapan rumah, pada bulan terang, pada baju yang tersidai di ampaian.


Tentang apa yang aku tak bicarakan pada manusia. Tentang kita. Tentang rasa. Dan tentang masa. Tentang sakit dan sayu yang aku bawa. Tentang bagaimana aku ini seorang pengecut, yang takut mahu berkongsi rahsia.


Mereka pendengar setia. Makhluk-makhluk yang tak bernyawa di atas sana. Mendengar aku merintih pada malam-malam emosi, melihat aku membuka aib yang terjaga. Yang penting, mereka tak menghukum.


Aku, tak sempurna. Aku, banyak cela.


Salahkah untuk aku berharap pada benda yang tak pasti? Masih. Aku statik di kedudukan dahulu. Tak berganjak walau setapak. Malahan sentiasa berundur mengutip serpihan-serpihan memori yang bertaburan. Setiap apa yang diperkata, setiap apa yang diperbuat, aku masih ingat. Walau sekecil-kecil perkara.


Kita, mungkinkah akan ada?

Jun 15, 2011


A picture that gets smeared in white
And my fragrance that seems to have faded away
All get concealed by
The glaring cloud

My heart that has no words
Slowly starts to move my feelings
Those times that slipped through
Are in my hands

I'm holding back the tears
I walk trying to lessen
The weight of my heart
To a place that is neither close nor far
Where a different me stands
I will not cry

I bring my two hands together again
To a place that will hear it
As I live through these
Unmemorable times

Though it seems stupid
We're always together
The pain that I want to let go
Dries the tears that flow
Through my body

I'm holding back the tears
I run adding to
The weight of my faith
To a place that is neither high nor low
Where a different me stands again
With a smile
I can laugh.

DBSK
Holding  Back The Tears

Jun 14, 2011

Kertas.

Sebenarnya, ini tempat aku melampiaskan rasa hati
Rasa yang tak penting buat kamu, tidak relevan sama sekali
Namun dengan itu aku hidup


Dan sekarang, hati aku penuh kecewa
Melimpah, tertumpah, bersepah
Kecewa pada manusia, dan manusia, dan manusia


Sampai tak terkata


Hati aku macam kertas
Jangan harap untuk ia jadi kemas
Lepas sehabisnya kau ramas.




Smile doesn't indicate a person's happiness
it just shows how great he tries to look happy.

Jun 12, 2011

Untitled.

What have become of us?
So far yet so near
So close yet feels like strangers
So wonderful yet so miserable
So many words to say but remained unspoken


What have become of us?
Looking into the future but still living in the past
Feels like moving forward but the truth is we're paralyzed
You have so many reasons yet nothing
To be stuck here, over and over again


What have become of us?
Still, we don't know for certain.

Jun 7, 2011

Just because.

I have many ways to serene myself. A walk alone at the park, sipping the coconut water at the roadside, mumbling to no one in the middle of a crowd, making myself a big glass of black tea, and look up and stare into the thick clouds hanging endlessly onto the sky.


Like Heaven has fallen onto the Earth.




I write again not because of anyone but myself. I don't even care if no one understands me, regarding my weirdness. It feels great to do things you love without giving a damn of what other people would think.


Note to self, I love you.

Jun 5, 2011

Perkara-perkara yang buat aku bahagia 5.

Aku bukanlah seorang pelajar yang menonjol waktu di sekolah, malahan sekarang pun. Bukan murid kesayangan cikgu-cikgu, yang banyak bertanya dan memberikan impresi pada watak seorang guru.


Aku biasa-biasa saja. Yang senyap di hujung kelas. Yang senyum pada yang membalas. Tak punya banyak kata-kata. Pasif.


Tapi, aku tak sangka satu cikgu ni masih ingat pada aku. Dalam kalangan murid-muridnya yang beratus-ratus, masih ingat pada aku.

Aku: Miss Iza! happy birthday =) tak tau la miss ingat saya lagi ke tak. hehe
Miss Iza: Thnx dear..ape lak xingt..ni dok tgh trbyg2 muka asmaa trsyum2.. ;)


Miss Iza guru English aku waktu semester pertama Tingkatan 4. Dan dia juga guru penasihat Pandu Puteri, badan beruniform yang aku masuk. Aku masih ingat dulu dia pernah cakap kat depan satu kelas, "You all should learn from Asmaa, her grammar's very good.". Aku tersipu-sipu malu. Ngehehe.


Dia pernah ikut kami berkhemah kat Muar. Perkhemahan MRSM Se-Malaysia kot nama dia. Kelakar bila terkenangkan kami makan maggi goreng sama-sama kat bawah khemah. Pacak buluh dan segala macam benda untuk menang khemah paling cantik. Tapi tak menang pun. Kami menang tempat ketiga untuk kawad kaki. Tak sia-sia berlatih petang-petang kat depan foyer. Haih, kalaulah aku punya kamera waktu itu.


Lama aku tak tulis perkara yang menggembirakan kat sini. Ya, sekarang aku bahagia. Bahagia dengan apa yang aku punya. =)