Aug 24, 2011

Clouds.

Aku selalu mendengar cerita-cerita tentang kamu. Cerita yang lucu, sedih, serius, gembira dan perkara-perkara kecil yang tidak punya kaitan dengan aku. Semuanya tidak pernah membosankan. Boleh dikatakan ia adalah satu sumber kegembiraan buat aku, walau tak pernah aku zahirkan.


Tapi, pernahkah ada sampai cerita-cerita tentang aku pada kamu?

Aug 15, 2011

Emotional management.

Writing makes me come to my senses. Like pulling me to the center and balancing the whole thing inside of me. A mere way of expressing something underground, infamously. It makes me say what is unspoken. Opening a hole in my heart and let it poured out the sluggish debris of insanity and insecurity.


This is the black hole for me. A vacuum of nothingness. A place where I suck all the things I despised and ashamed of, mostly, and leave them here to rot.


I'm broken and screwed. Currently in the process of renovating my inside.

Aug 13, 2011

Kacang.

‎6 easy ways to earn even after death.

1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, you gain.
2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, you gain.
3) Participate in building a Masjid.
4) Place water cooler in a public place.
5) Plant a tree. you gain whenever a person, animal sits in its shade or eats from it.
6)And the easiest of all, sharing this message with people.

Even if 1 applies any of the above, you gain :)

Aug 11, 2011

Draf.

Allah sangat sayang pada aku. Pada ketika ini, waktu sedang sesak dengan segala ilmu yang mahu disumbat ke dalam setiap sel-sel otak, terlintas di hati. Allah sangat sayang pada aku.


Aku bukan hamba paling baik. Jauh lagi dari sempurna. Aku hanya manusia yang punya banyak lopong-lopong dosa dalam kronologi usia yang dikurnia. Aku pendosa yang tegar, sebenarnya. Masih.


Bila diputarkan kembali perjalanan hidup yang lalu, banyak masa aku jauh dariNya. Banyak masa aku leka dengan dunia, dengan manusia, dengan dosa. Melihat sekeliling, aku fikir 'Oh, ini tidak mengapa mungkin. Ramai saja yang berbuat perkara ini, kenapa aku tak boleh?'. Sahabat aku berkata, kita hidup ikut neraca Allah bukannya neraca manusia.


Jadi, mengapa perlu, walau untuk satu saat, mahu membiarkan diri mengikut hawa nafsu manusia lain? Atau menjadikan bahagia seseorang sebagai kayu ukur untuk kita gembira, walau terpesong dari ajaran agama?


Kita hidup bertuhan, hamba mana yang dibenarkan ingkar pada tuan?

Aug 6, 2011

Mistakes.

Setiap jiwa mempunyai penyesalan-penyesalan yang meruntunkan. Lebih menyedihkan jika ia melibatkan pihak kedua.


Wujudkah silap yang tidak akan pernah dimaafi?