Jul 29, 2012

Reciprocity my foot.

Why don't people pay attention? Why is it so hard for them to notice little details like the change in my voice tone or facial expressions? Why don't they listen as much as they speak?

I am an observant person. I notice things that most people don't even give a second look at. I analyze them and act accordingly. I don't ask many questions because I get my answers by observing. It's hurtful, because I try to be as sensitive as I possibly could to other people's feelings but at the same time, they actually don't give a damn about mine.

I tried to be nice, but the truth is you would be astonished by the tremendous anger I keep inside me. This enormous gigantic burden I bury deep down so that people won't get hurt.

Doesn't this thing go reciprocally? Then, why am I the only one who wants to scream right now?

Naif.

Kalau kamu mahu cari aku, kamu akan jumpa aku di mana-mana. Walau setiap kali kita ketemu, aku akan lari malu menghilang.

Carik-carik jiwa aku ada di merata-rata untuk kamu baca dan faham. Kebanyakannya di sinilah. Aku mungkin tertutup dengan kata yang boleh didengar, tapi boleh bercerita apa sahaja dengan kata yang boleh ditatap.

Aku menunggu untuk dijumpai kamu. Supaya cebisan-cebisan aku ini, sampah-sampah aku ini, akan kamu peluk dan usap. Untuk kamu katakan, 'Terima kasih untuk hadiah ini. Ya, kamu adalah hadiah termahal yang aku pernah terima. Sebusuk-busuk kamu akan aku pangku, sekotor-kotor kamu akan aku kutip, setiap luka dan calar akan aku ubati.'

Kalau kamu mahu cari aku, kamu akan jumpa aku di mana-mana. Kalau kamu mahu cari, lah.

Jul 14, 2012


I think everyone is leaving me.

Jul 9, 2012

Sometimes, I wonder if you ever did try to find me.

Kadang-kadang, rasa rindu itu membuak-buak tanpa dapat disekat. Perasaan adalah anugerah Tuhan. Bukan kuasa aku untuk hapuskan, jadi aku diamkan untuk mengelakkan kesilapan lampau kembali menyesakkan dada dengan penyesalan. Aku seorang yang susah mahu mengawal emosi. Jadi ketahuilah, bahawa segala kudrat telah aku kerah untuk bina dinding ini dalam hati supaya semua rasa yang ada tersimpan kemas, tak tertumpah bersepah sebelum masanya, kalau ada 'kita'.


Dan ya, kamu masih di sini. Dalam setiap doa dan mimpi.