Feb 7, 2014


Why don't we have invisible skulls and luminescent thoughts? Cause damn it, trying to read minds and mold assumptions are such a despicable work load.

Speak it up.

Please.

Feb 2, 2014


Beberapa tahun yang lepas, kata-kata menjadi musuh kita. Seorang menidakkan kebenaran dan meminta untuk ditinggalkan. Yang seorang lagi menutup pahit dan menyembunyi rasa lalu pergi dengan harapan sakit itu dibawa lari.

Dan kini, beberapa tahun selepas itu, kita tanpa sedar mengucapkan kata-kata yang sama. Apakah biasa untuk kita berlari-lari dalam bulatan yang besar dan mengambil masa terlalu lama untuk tiba di sini, kemudiannya memutuskan untuk kembali berlari? Apa bisa mungkin kita keluar dari kitaran yang memenatkan ini?

Parut yang paling besar adalah kamu. Namun tetap paling indah, paling mahu disimpankan.

Disuruh pergi ketika segenap jasad mahu terus berdiri menanti, adalah luka yang tak mampu untuk diterjemahkan.

Saya menyerah kalah. Hati kamu lebih berharga untuk dijauhkan dari luka semalam.